Sudah terlalu banyak definisi tentang cinta Cinta telah diberikan mekap
yang cukup mengasyikkan Cinta suatu perasaan yang sukar digambarkan
melalui kata-kata Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri
Cinta tidak dapat dipelajari tetapi dialami. Uniknya cinta kerana ia
jelmaan kasih sayang yang teragung. Manusia membina sahsiah di muka bumi
bermodalkan kasih sayang dan cinta, "Cintalah" segalanya bagi orang
yang sedang bercinta Cinta menjadi jembatan penghubung kepada dua hati
yang sah dan saling tidak mengerti.
Cinta adalah motivasi terbaik manusia. Manusia telah ditebarkan di muka
bumi dengan dibekalkan rasa cinta. Cinta telah menemukan kembali adam
dan hawa. Melalui cintalah manusia membina sahsiah dan menjadikan alam
ini tempat yang terbaik untuk didiami.
Jika cinta sudah tiada di hati anda, tandanya salah satu dari nikmat
Allah telah tercabut daripada anda. sedang cinta salah satu nikmat
teragung Allah terhadap hambanya. Jika anda sudah tidak dapat menghargai
cinta tandanya nilai kemanusiaan anda sudah nula terhakis. Ketiadaan
cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan anda.
Cinta Motivasi Paling Hebat
Orang yang tidak mempunyei perasaan cinta adalah orang yang telah
kehilangan motivasidalamannya. cinta seharusnya melahirkan tindakan yang
melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam
membuat keputusan berhubung dengan insan-insan berlawanan. Cinta adalah
kenderaan menuju kebahagiaan.
Suburkanlah rasa cinta sebagaimana ia berawal dan sentiasa. saat
bermulanya cinta adalah rasa teragung yang dirasai oleh setiap manusia.
Inilah rasa yang tiada perkataan dapat menceritakannya. Tatkala itu
cinta benar-benar menjadi motivasi yang terhebat. andainya lautan api
direntangkan di tengah-tengah, masih sanggup direnangi untuk
menggambarkan betapa cinta begitu memotivasi dan perlu bukti. Tiada lagi
rasa teragung kecuali cinta.
Cinta melambangkan kegembiraan, keseronokan, kepuasan, kenikmatan dan
semua rasa yang muluk-muluk dan sukar digambarkan dengan perkataan.
Manusia yang beruntung adalah manusia yang meniti di atas cinta,
memperolehi cinta untuk menyedari kedudukannya sebagai insan kerdil di
bawah kebesaran Allah.
Biar tinggi martabat cinta, ada cinta yang seolah-olah telah hilang
keramatnya. Adakalanya cinta yang suci dan penuh makna itu menjadi
barang terbuang, berciciran di mana-mana, dilorong-lorong, di bawah
rimbunan pepohon dan apatah lagi apabila malam telah melabuhkan
tirainya. Manusia-manusia durjana berebut-rebut mengutip bunga cinta
yang berkeliaran dan bersimpang siur itu. Harga diri dipertaruhkan dan
dicagarkan hingga akhirnya menjadi habuan nafsu yang tidak mengenal iman
dan kehormatan.
Entah di mana keslahan cinta yang sepatutnya menjadi lambang
kebahagiaan, kedamaian dan keamanan manusia sejagat adakalanya menjadi
pemusnah. Cinta hadir daripada ketrampilan pemilik cinta itu sendiri.
Seorang lelaki yang benar-benar jatuh cinta dan mencintai seorang
waanita akan menunjukkan sikap, penampilan serta gerak laku yang
sentiasa menyakinkan insan yang dicintainya itu.
Cinta yang murni adalah pemangkin kepada kehidupan yang penuh bahagia.
Sebgaimana ia bermula, cinta seharusnya berkekalan sedemikian rupa
sehinggalah ke penghujungnya. Cinta tidak harus dinodai oleh
perlakuan-perlakuan kejam, tidak bermoral dan juga yang mencarik
kesucian cinta itu sendiri. Andainya cinta boleh dikekalkan sebagaimana
ia bermula, bahagia adalah jawapan untuknya.
Kejayaan sesebuah perhubungan memang banyak bergantung kepada suci dan
murninya cinta yang dipermodalkan. selama mana "cinta" dapat
dipertahankan pada kedudukannya selama itulah bahagia akan menjadi
penghias yang terindah. Apabila cinta sudah tidak dihargai, kehidupan
akan berpaling ke tahap terendah. Jawapannya derita tanpa penyudah.
Tanpa perlu mengeluarkan sebarang bayaran, cinta sudah ada dalam setiap
insan. Cinta sudah dibekalkan sebagai modal termahal untuk dirasai dan
diberikan kepada individu yang berhak. Meniti di atasnya bererti meniti
di atas bahagia.
Tiada lagi suatu rasa pun yang bisa memotivasikan manusia kecuali rasa cinta dan bahagia.
Dengan cinta gunung kelihatan rendah untuk didaki. Dengan bahagialah
lembah kelihatan cetek untuk dituruni. Dengan cinta dan bahagialah
matlamat kehidupan insan menjadi sempurna. Tanpa kedua-duanya, semua
kelihatan tercabut dari hasrat, kehendak, sasaran, target dan cita-cita
yang murni.
Cinta ibarat cahaya, bukan pencetus masalah dan pembawa derita. Tidak
perlu berkorban kehormatan untuk cinta kerana cinta yang benar-benar
suci dan semulajadi menjadikan pemiliknya bertambah matang, dewasa,
beriman malah berperibadi mulia.
Cinta murni sentiasa mampu memandu manusia melepasi semua halangan demi
kecemerlangan. Cinta telah membuatakan manusia bangkit membina kehidupan
yang terbaik. Alangkah bodohnya orang yang menjadikan cinta jambatan
untuk membina kesusahan.
Jika cinta dijelmakan dalam diri ia begitu memotivasi. Jika diberikan
kepada seseorang ia ibarat menghadiahkan sebukit emas untuknya. Jika
dijelmakan dalam rumah tangga, jawapannya adalah kerukunan dan
persefahaman yang berpanjangan.
Latest Posts
Categories:
Label:
kata-kata indah,
motivasi