Sudah terlalu banyak definisi tentang cinta Cinta telah diberikan mekap
yang cukup mengasyikkan Cinta suatu perasaan yang sukar digambarkan
melalui kata-kata Ia hanya dapat dinikmati secara mengalaminya sendiri
Cinta tidak dapat dipelajari tetapi dialami. Uniknya cinta kerana ia
jelmaan kasih sayang yang teragung. Manusia membina sahsiah di muka bumi
bermodalkan kasih sayang dan cinta, "Cintalah" segalanya bagi orang
yang sedang bercinta Cinta menjadi jembatan penghubung kepada dua hati
yang sah dan saling tidak mengerti.Cinta adalah motivasi terbaik manusia. Manusia telah ditebarkan di muka bumi dengan dibekalkan rasa cinta. Cinta telah menemukan kembali adam dan hawa. Melalui cintalah manusia membina sahsiah dan menjadikan alam ini tempat yang terbaik untuk didiami.
Jika cinta sudah tiada di hati anda, tandanya salah satu dari nikmat Allah telah tercabut daripada anda. sedang cinta salah satu nikmat teragung Allah terhadap hambanya. Jika anda sudah tidak dapat menghargai cinta tandanya nilai kemanusiaan anda sudah nula terhakis. Ketiadaan cinta di hati anda bakal merubah seluruh kehidupan anda.


